Abstract
Untuk menggembirakan hati keluarga, terutama anak-anak yang semakin membesar, percutian adalah salah satu cara untuk merapatkan hubungan keluarga. Maka destinasi yang dipilih oleh kami sekeluarga adalah Ipoh, Perak. Tempat yang dituju adalah Lost World of Tambun. Aplikasi KLOOK merupakan aplikasi yang saya gunakan untuk membeli tiket secara atas talian. Harga yang diberikan murah dari di kaunter tiket Lost World of Tambun.
Tips yang saya boleh berikan adalah, sebelum masuk ke taman tema ini, kita perlu bersarapan kerana makanan tidak boleh dibawa masuk serta makanan di dalam agak mahal. Selain itu, pastikan bekalan air kosong dibawa dengan kadar yang mencukupi untuk ahli keluarga. Setiap permainan adalah percuma dan boleh bermain seberapa banyak yang kita mahu, tetapi untuk rumah hantu terdapat bayaran yang dikenakan.
Kellie’s Castle merupakan salah satu tarikan utama di Ipoh. Bangunan ini dikaitkan dengan sejarah dimana bangunan pertama yang memiliki lif di Tanah Melayu. Ia dibina pada tahun 1905 dan merupakan lambang cinta William Kellie Smith kepada isterinya Agnes. Bangunan ini juga mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia.
Keunikan Kellie’s Castle adalah pembinaannya tidak menggunakan simen atau paku. Oleh kerana tiada simen maka campuran putih telur itik, gula merah, pasir, madu dan kapur digunakan. Bangunan ini juga, mempunyai bentuk seni bina berasaskan seni bina india yang berdiri kukuh lebih seabad sehingga ke hari ini. Kellis’s Castle membuatkan anakanak seronak serta teruja kerana dapat meneroka setiap ruang rahsia yang terdapat di dalam bangunan misteri ini.
Tips yang saya boleh berikan semasa hendak melawat ke Kellie’s Castle adalah, pastikan anak-anak memakai pakaian yang agak nipis dan selesa kerana jika tidak hujan, cuaca agak panas dan tidak selesa. Memandangkan bangunan ini sudah lama, ibu bapa perlu memastikan anak-anak di bawah pengawasan mereka, kerana tangga bangunan ini agak curam. Bahagian atas bumbung juga boleh dilawati,namun pastikan anak-anak dijaga kerana bimbang mereka jatuh atau sebagainya.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Mohd Rosly, Wan Nur Shaziayani UNSPECIFIED Ahmad Shukri, Fuziatul Norsyiha UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Keywords: | eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74964 |