Abstract
Pada masa kini kod Jalur( Bar Code) telah digunakan dengan begitu meluas sekali di Malaysia terutama di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam di mana terdapat banyak kilang-kilang, pasaraya , pejabat dan Iain-Iain. Kod jalur (Bar Code) telah digunakan pada barang -barang yang diperniagakan (pasaraya) , buku-buku (perpustakaan dan kedai buku),kawalan inventori, perakam masa kedatangan .pengurusan harta, pengurusan perniagan, kawalan keselamatan (kad pengenalan) dan anggaran kos serta harga. Melalui penggunaan kod jalur (Bar Code) ini .banyak faedah dan kebaikan telah didapati seperti meningkatkan keuntungan.prestasi dan mutu kerja .penjimatan masa dan kawalan kerja yang teratur .Buat masa ini penggunaan sistem kod jalur (Bar Code ) di Malaysia dikawal oleh Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (F.M.M) yang beribu pejabat di Wisma Sime Darby,Jalan Raja Laut bagi menyelaraskan penggunaan yang teratur dan bersistematik.. Sistem yang digunakan ialah EAN(European Article Numbering) dimana di Malaysia ia dikenali sebagai MPN (Malaysia Product Numbering System).Bagi sesebuah industri atau kilang yang ingin menggunakan sistem ini (EAN/MPN) mestilah terlebih dahuiu mendaftar dan menghubungi FMM bagi mendapat maklumat-maklumat yang diperlukan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Lajis, Mohd Amri UNSPECIFIED Abd. Halim, Ahmad Hasni UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Manufacturing industries |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma in Mechanical Engineering |
Keywords: | Kod jalur, kawalan inventori, perakam masa |
Date: | 1994 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74846 |
Download
74846.pdf
Download (161kB)