Abstract
Penularan pandemik Covid-19 merupakan ancaman keselamatan kepada kehidupan seluruh dunia termasuklah Malaysia. Hal ini bertambah buruk
kepada industri pelancongan yang hidup menerusi urusan interaksi di antara pelancong dengan tuan rumah pada destinasi pelancongan.
Ancaman Covid-19 telah memberi kesan langsung kepada pengurusan krisis keselamatan yang telah melumpuhkan industri pelancongan pada
peringkat antarabangsa termasuklah Malaysia. Pengenalan ransangan ekonomi diperlukan bagi memastikan pemkembangan ekonomi industri
pelancongan dan tahap keselamatan dapat dilestarikan pada destinasi pelancongan. Kajian ini adalah bertujuan menganalisis strategi ekonomi
yang telah dijalankan oleh Malaysia ketika pandemik Covid-19 ini melanda di Malaysia. Memilih Malaysia sebagai contoh dalam memperincikan
strategi menghadapi pandemik Covid19 dalam industri pelancongan. Pendekatan kualitatif menerusi analisis dokumen telah dilakukan. Dapatan
Malaysian Journal of Sustainable Environment kajian menunjukan terdapat sepuluh pakej rangsangan ekonomi termasuk belanjawan 2021 dengan nilai keseluruhan RM 872.5 Bilion. Ini menunjukkan faedah ekonomi dalam melestarikan industri pelancongan yang terjejas telah dilakukan merangkumi semua aspek ekonomi, dan keselamatan bagi pembangunan negara dan kepentingan rakyat. Pakej rangsangan ekonomi merupakan langkah mencapai matlamat pembangunan lestari yang diperlukan dalam menghadapi pandemik Covid-19 demi keselamatan
dan kebajikan rakyat Malaysia. Pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi memerlukan kerjasama dari semua pemengang taruh dalam menghidupkan kembali industri pelancongan. Dasar Pemulihan Krisis Pelancongan Negara perlu diwujudkan bagi keterlibatan semua pemegang taruh industri pelancongan Malaysia.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Razali, Mohamad Kazar Kazar_razali@psis.edu.my Mohamad, Norhaya Hanum norhayahanum@uitm.edu.my Yaakob, Mohd Yusof yusof.yaakob@ kkbeaufort.edu.my Johari, Nafissah nafissah.johari@pmjb.edu.my |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture N Fine Arts > NA Architecture > Tourist camps, hostels, etc |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Journal or Publication Title: | Malaysian Journal of Sustainable Environment (MySE) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Malaysian Journal of Sustainable Environment (MySE) |
ISSN: | 0128-326X |
Volume: | 10 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 97-124 |
Keywords: | Covid-19; Keselamatan; Krisis Pelancongan; Malaysia; Pemegang Taruh; Rangsangan Ekonomi |
Date: | March 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74614 |