Abstract
Sesungguhnya penerbitan laporan tahunan ini adalah amat penting dan bermakna kerana laporan ini menyentuh tentang kemajuan dan pencapaian Perpustakaan Tun Dr. Ismail sepanjang tahun 2025. Data dan maklumat dalam laporan ini juga menjadi panduan dan sumber rujukan kepada semua pihak pada masa akan datang.
Perpustakaan Tun Dr. Ismail memainkan peranan penting dalam pembudayaan membaca dan mencintai ilmu. Saranan bagi menyemarakkan pembudayaan membaca dan mencintai ilmu ini telah disemarakkan dengan pelaksanaan pelbagai program kolaborasi bagi perkongsian dan pemindahan ilmu pengetahuan secara menyeluruh yang boleh dimanfaatkan oleh warga universiti dan komuniti.
Tahun 2025 juga, warga kerja PTDI berusaha untuk terus memperkukuhkan hubungan sinergi dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang dan Segamat. Pencapaian 2025 juga merupakan manifestasi kejayaan PTDI dalam mengadaptasi dan merevolusikan perkhidmatan Perpustakaan seiring dengan Revolusi Industri 4.0.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Annual Report) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Mawar Noor mawar146@uitm.edu.my |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Information organization Z Bibliography. Library Science. Information Resources > University and college. Academic libraries |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Perpustakaan Tun Dr. Ismail |
| Journal or Publication Title: | Laporan Tahunan Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) |
| ISSN: | 3093-8341 |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74577 |
Download
LTahunan Johor 2025.pdf - Published Version
Download (11MB)
ID Number
74577
Indexing
