Abstract
Marmiza Binti Che Omar, merupakan seorang usahawan yang ceria, berdedikasi untuk mencapai cita-cita. Beliau berasal daripada Seremban, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak kedua daripada tujuh orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Sri Ampangan dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Sains Kesetiausahaan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang. Beliau merupakan generasi ketiga mengusahakan perniagaan keluarganya iaitu Rehan Global Food Sdn Bhd. Perniagaan ini bermula daripada nendanya, rubiah limin, dan diwariskan kepada anak perempuannya Norehan (nama jenama rehan terkini). Beliau mempunyai inspirasi yang tinggi untuk membawa hasil produk perniagaanya ke peringkat antarabangsa selari dengan visi yang dibawa “To be a world renown Aromatic, Authentic Malay Cuisine Spice Brand”.REHAN GLOBAL FOOD SDN BHD merupakan perniagaan 100 peratus bumiputera. Rehan membawa warisan lama berusia 140 tahun pengaruh daripada Negeri Sembilan dan Betawi. Pada tahun 2017, Rehan telah melakukan produk inovasi dengan mengeluarkan pes masakan, ianya merupakan satu solusi kepadapermasalahan sekeliling, iaitu tidak pandai memasak dan tiada masa untuk memasak.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ali, Asiah UNSPECIFIED Mohd Beta, Raja Mayang Delima UNSPECIFIED Abdul Shukur, Nabilah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > HF Commerce > Business education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Planet MASMED |
ISSN: | 2805-5535 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 25-26 |
Keywords: | Usahawan Komuniti, Negeri Sembilan, Seremban |
Date: | June 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74489 |