Abstract
Pemasaran digital merupakan komunikasi yang menggunakan isi kandungan serta penyampaian servis yang interaktfif dengan menggunakan platform teknologi digital termasuklah internet, web, telefon mudah alih, televisyen dan papan tanda digital (Chaffey and Chadwick, 2019). Model AIDA selalunya akan digunakan dalam pemasaran digital. Model AIDA adalah akronim daripada Attention, Interest, Desire, and Action. Model ini boleh menentukan tahap-tahap individu semasa dalam proses pembelian produk atau servis. Ianya juga amat membantu dalam pemasaran digital supaya komunikasi antara usahawan dan pelanggan adalah efektif. Pemasaran digital yang hendak dilakukan oleh usahawan perlulah melalui fasa pertama dalam model AIDA iaitu Attention (perhatian). Kita sedia maklum, usahawan telah mempunyai produk atau servis yang ditawarkan kepada pelanggan mereka. Akan tetapi, usahawan perlu ingat, tidak semua kumpulan fokusnya mendapat maklumat serta perhatian untuk produk atau servis mereka. Maka, pada fasa ini usahawan perlu bekerja keras serta pandai menggunakan platform media sosial dengan menggunakan kaedah “creative disruption” supaya dapat menarik perhatian pelanggan. Usahawan perlulah mengubah kaedah aturan semasa yang kreatif terhadap kelakuan pelanggan supaya mesej yang disampaikan kepada para pelanggan diterima dengan baik serta efektif.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ali, Asiah UNSPECIFIED Mohd Beta, Raja Mayang Delima UNSPECIFIED Abdul Shukur, Nabilah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > HF Commerce > Business education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Planet MASMED |
ISSN: | 2805-5535 |
Number: | 1 |
Page Range: | p. 21 |
Keywords: | Aplikasi, model AIDA, pemasaran digital, akronim |
Date: | June 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74486 |