Abstract
Kerja-kerja pemetikan buah-buahan terutamanya buah mangga pada masa ini memerlukan masa yang lama dan menggunakan ramai tenaga pekerja. Terdapat beberapa masalah didalam penuaian buah-buahan tersebut dan diantaranya adalah keadaan pokok yang tinggi. Pengendalian penuaian yang sedia ada juga membeban dan memenatkan disamping kos pengambilan hasil-hasilnya yang tinggi. Satu kajian telah dijalankan untuk mendapatkan altematif kaedah penuaian untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Satu kaedah penuaian telah direkacipta dimana alat-alat penuaian ini menekankan prinsip-prinsip pemotongan tangkai mangga. Keupayaan dan kebolehan alat-alat penuaian tersebut telah diperhati, diteliti. dan dianalisis . Adalah didapati bahawa keupayaan bekerja alat penuaian kaedah penuaian kaedah pemotongan tangkai mangga tidak dipengaruhi oleh bentuk muka bumi untuk sesuatu sudut kecuraman tertentu. Keupayaan bekerja alat tersebut adalah memadai untuk memotong tangkai mangga dengan berkesan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ibrahim, Idham Umari 92693578 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Kalam, Anizah UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Machine design and drawing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma in Mechanical Engineering |
Keywords: | Pemetik, buah mangga, alat-alat penuaian |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74409 |
Download
74409.pdf
Download (169kB)