Sikap usahawan yang cemerlang / Ahmad Azman Mohamad Ramli

Mohamad Ramli, Ahmad Azman (2022) Sikap usahawan yang cemerlang / Ahmad Azman Mohamad Ramli. Planet MASMED (1). ISSN 2805-5535

Abstract

Artikel ini membincangkan lapan sikap atau tingkah laku yang perlu dimiliki oleh usahawan bagi membolehkan mereka menjadi usahawan yang cemerlang. Cemerlang di sini bermaksud usahawan tersebut berupaya membantu organisasinya atau syarikatnya memperoleh keuntungan yang diperlukan bagi menjadikan organisasi mampu berdaya saing dalam sesuatu bidang perniagaan. Sikap-sikap tersebut ialah sikap sabar, sikap baik hati, sikap berdisiplin, sikap menghargai masa, sikap tekun, sikap inovatif serta kreatif, sikap seronok bekerja dan sikap sederhana. Usahawan yang cemerlang ialah individu yang memiliki sikap sabar. Di antara ciri-ciri usahawan yang bersikap sabar ialah beliau mampu menerima sebarang cabaran atau kesukaran, tidak mudah berputus asa, pemaaf dan sentiasa tenang menghadapi sebarang masalah kerja yang rumit. Contohnya, apabila dimarahi atau ditegur oleh pelanggan, usahawan tersebut akan menghadapi teguran tersebut dengan sabar, menerima teguran tersebut dengat hati yang terbuka dan akan berusaha memperbaiki sebarang kelemahan diri. Apabila diperlukan pulang lewat daripada tempat kerja kerana menyiapkan sesuatu kerja atau menghadiri mesyuarat mengejut, usahawan tersebut akan melaksanakan kerja tersebut tanpa sebarang rungutan atau perasaan marah. Apabila dibebankan dengan kerja yang banyak, usahawan tersebut akan berusaha sedaya upaya menyiapkan kerja tersebut tanpa sebarang rungutan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad Ramli, Ahmad Azman
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Planet MASMED
ISSN: 2805-5535
Number: 1
Keywords: Sikap, usahawan, cemerlang, tingkah laku
Date: June 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74329
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 74329.pdf] Text
74329.pdf

Download (3MB)

ID Number

74329

Indexing

Statistic

Statistic details