Abstract
Bengkel Teknik Asas Mikrobiologi; Pada 6 Oktober 2022, Pusat Pengajian Biologi dan Kerjasama Unit Makmal telah mengadakan Bengkel Teknik Asas Mikrobiologi. Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tahun akhir ijazah sarjana tentang teknik asas yang melibatkan pengendalian bakteria sebelum mereka memulakan projek tahun akhir. Disamping itu juga, bengekel ini dirancang untuk menyahut pekeliling UiTM yang telah membenarkan pengajaran secara bersemuka. Seramai 38 peserta telah mendaftar dan Berjaya menamatkan bengkel denagn jayanya. Teknik-teknik yang telah diajar termasuklah, inoculation loop technique, preparation of media (agar, broth, slant and deep plate), serial dilution technique, preparation of overnight culture, preparation of bacterial glycerol stock dan Gram staining. Bengkel satu hari ini juga, telah menarik minat Matrikulasi Senaling Kuala Pilah untuk menghantar dua pembantu makmal mereka mengikuti bengkel kursus asas mikrobiologi ini.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Mazian, Muadz UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Faculty. Teaching personnel |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Number: | 7 |
Keywords: | Biologi, mikrobiologi, pelajar, matrikulasi, Senaling, Kuala Pilah |
Date: | January 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74299 |