Penilaian kecukupan bangunan akademik kes kajian: UiTM Cawangan Perak / Md Yusof Hamid, Suriani Ngah Abdul Wahab and Mohamad Ridzuan Yahya

Hamid, Md Yusof and Ngah Abdul Wahab, Suriani and Yahya, Mohamad Ridzuan (2006) Penilaian kecukupan bangunan akademik kes kajian: UiTM Cawangan Perak / Md Yusof Hamid, Suriani Ngah Abdul Wahab and Mohamad Ridzuan Yahya. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Penggunaan ruang bangunan akademik adalah salah satu dari perkara penting yang perlu di beri perhatian, di uruskan dan di kawal dengan berkesan oleh pihak pengurusan. Laporan ini menilai kecukupan penggunaan ruang bangunan akademik di UiTM Perak yang merupakan kampus cawangan kedua terbesar selepas UiTM Perlis. Peningkatan jumlah mahasiswa sehingga mencapai tahap 6500 orang pada tahun 2006 perlu diselarikan dengan kecukupan dan keselesaan ruang bangunan akademik bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Laporan ini juga menilai dari segi penggunaan ruang bangunan akademik samada bersesuaian dengan fungsi dan pematuhan kepada undang-undang yang berkaitan. Kajian ini hanya memfokuskan penilaian kecukupan bagi bangunan akademik sahaja tanpa melibatkan bangunan asrama dan juga ruang kakitangan pentadbiran. Hasil penyelidikan di dapati bahawa kebanyakkan daripada ruang-ruang yang terdapat di bangunan akademik UiTM Perak tidak memenuhi piawaian keluasan yang ditetapkan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Sebagai conoh hasil kajian juga mendapati sebanyak 54 buah (89%) studio melebihi kapasiti piawaian muatan yang ditetapkan oleh UPE. Waiaubagaimanapun ruang-ruang ini masih mencukupi dalam menampung pengajaran dan pembelajaran bagi 5,916 orang pelajar sepenuh masa di UiTM Perak pada semester Julai - November 2005. Masalah ruang keselesaan bangunan akademik dapat dikenal pasti bagi memudahkan perancangan dan keberkesanan penggunaan ruang bagi bangunan akademik. Selain itu kajian ini juga dapat membantu merekod/ inventori jumlah ruang berdasarkan peratus penggunaan semasa dan jumlah lebihan atau ketidakcukupan ruang bangunan akademik UiTM Perak. Kajian ini akhirnya, dapat membantu meningkatkan pengetahuan dalam mengurus bangunan akademik supaya dapat memenuhi piawaian dan seterusnya memberikan persekitaran yang kondusif kepada siswa-siswi dan kakitangan UiTM Perak.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hamid, Md Yusof
UNSPECIFIED
Ngah Abdul Wahab, Suriani
UNSPECIFIED
Yahya, Mohamad Ridzuan
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) > Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC)
Keywords: Bangunan akademik, mahasiswa, pengajaran dan pembelajaran
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74287
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 74287.pdf] Text
74287.pdf

Download (132kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

74287

Indexing

Statistic

Statistic details