Penta'akulan saintifik dan pencapaian pelajar-pelajar sains UiTM: perbandingan antara jantina / Hamidar Maidinsah and Merza Abbas

Maidinsah, Hamidar and Abbas, Merza (2002) Penta'akulan saintifik dan pencapaian pelajar-pelajar sains UiTM: perbandingan antara jantina / Hamidar Maidinsah and Merza Abbas. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Pemikiran saintifik adalah salah satu kemahiran berfikir yang perlu dimiliki terutamanya oleh generasi muda hari ini bagi mendukung wawasan 2020. la sejajar dengan hasrat pembangunan negara untuk melahirkan lebih ramai saintis, pekerja yang pandai mengurus pengetahuan dan cekap menta 'akul. Anton E. Lawson telah membahagikan perkembangan penta 'akulan saintifik kepada 2 tahap kematangan: iaitu tahap Empiriko-Induktif (EI) dan Hipotetiko-Deduktif (HD). Satu ujian penta 'akulan saintifik (PESA) telah diadakan kepada pelajar-pelajar sains UiTM. Hasil kajian mendapati lebih kurang 25.6 % pelajar di tahap EJ, 59.6 % di tahap peralihan dan 14.6 % di tahap HD. Keputusan ini menunjukkan bahawa masih ramai di kalangan pelajar sains UiTM berfungsi jauh di bawah potensi kognitif mereka yang sepatutnya. Terdapat perbezaan bererti (p=0.001) antara min pencapaian PESA bagi pelajar lelaki (n=50) berbanding pelajar perempuan (n=96). Adalah menjadi satu agenda penting kepada para pendidik untuk menitikberatkan dan menilai tahap perkembangan kognitif pelajar. Dapatan ini menggesa para pendidik untuk mengkaji semula kaedah pengajaran, bahan pengajaran dan bentuk penilaian yang dapat menerapkan kemahiran saintifik dan mempercepatkan kematangan pemikiran saintifik pelajar.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Maidinsah, Hamidar
UNSPECIFIED
Abbas, Merza
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 2
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 220-225
Keywords: Kognitif, penta 'kulan saintifik, empiriko-induktif, Hipotetiko-deduktif, pemikiran aras tinggi
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74263
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 74263.pdf] Text
74263.pdf

Download (4MB)

ID Number

74263

Indexing

Statistic

Statistic details