Kesan pembangunan industri terhadap aspek sosio-ekonomi penduduk di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Klang Utara / Hanani Moklas

Moklas, Hanani (2001) Kesan pembangunan industri terhadap aspek sosio-ekonomi penduduk di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Klang Utara / Hanani Moklas. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Pembangunan industri adalah antara penyumbang kepada perkembangan ekonomi di negara ini. Majunya industri di sesuatu kawasan secara iangsung telah meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan tersebut seperti wujudnya peluang-peluang pekerjaan. Selain itu, penyediaan kemudahan infrastruktur dan utiliti juga turut berkembang seiring dengan kepesatan pembangunan industri. Walau bagaimanapun, terdapat juga kesan negetif terhadap pembangunan dan perkembangan industri di sesuatu kawasan. Oleh yang demikian kajian dilakukan untuk melihat kesan terhadap pembangunan industri mengenai aspek sosio-ekonomi penduduk di kawasan kajian. Untuk melaksanakan kajian in'r beberapa peringkat telah diikuti iaitu dimulai dengan kajian awalan, kajian latar dan pengumpulan data, analisis data dan maklumat dan pembentukan cadangan. Hasil daripada kajian ini didapati industri di kawasan kajian berpotensi untuk berkembang dengan lebih pesat. Walau bagaimanapun, terdapat juga masalah yang wujud antaranya berlaku penghijrahan masuk penduduk dari luar kawasan negeri Selangor. Penghijrahan ini telah menyebabkan perumahan sedia ada tidak dapat menampung permintaan penduduk. Pembangunan industri di kawasan kajian juga telah memberi peluang pekerjaan kepada warganegara asing. Keadaan ini secara Iangsung berlakunya pengaliran mata wang ke luar negara. Selain itu, perkembangan industri yang menggalakkan ini juga telah menyebabkan kebajikan pekerja telah diketepikan. Oleh itu, beberapa cadangan dikemukakan yang merangkumi segala aspek yang berkaitan bagi memastikan matlamat kajian dapat dicapai.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 74239.pdf]
Text
74239.pdf
Download (121kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics