Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan kanak-kanak mengenai beberapa aspek keselamatan diri yang merujuk kepada keselamatan jalan raya, kebakaran dan buli. Bagi melaksanakan kajian ini, seramai 270 orang kanak-kanak sekolah rendah di Kuala Lumpur telah diambil sebagai subjek kajian. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan beberapa kaedah statistik seperti ujian t dan Anova satu hala. Keputusan kajian mendapati bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan di antara kanak-kanak itu sendiri dari segi umur mengenai ketiga-tiga aspek keselamatan yang dikaji. Hasil kajian merumuskan bahawa sesuatu program pendidikan keselamatan itu perlu dipupukd di peringkat awal lagi untuk menjadikan mereka lebih peka kepada keselamatan di samping program itu perlu mengikut tahap perkembangan kanak-kanak itu sendiri.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Maakip, Ismail UNSPECIFIED Wan Sulaiman, Wan Sharazat UNSPECIFIED Wan Jaafar, Wan Azreena UNSPECIFIED Ismail, Rozmi UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Primary Education L Education > LB Theory and practice of education > Primary Education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 2 |
Event Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara” |
Event Dates: | 27 dan 28 Mei 2002 |
Page Range: | pp. 199-205 |
Keywords: | Pendidikan keselamatan, keselamatan jalan raya, kebakaran, buli, pengetahuan kanak-kanak sekolah rendah |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74232 |