Abstract
Bunga lawang dari spesis Illicium (Gambar 1) telah lama diguna dalam perubatan tradisional (Chempakam, & Balaji, 2008). Spesis di negara Cina (I. verum Hook, F.) juga merupakan satu rempah ratus yang tersohor, serta diaplikasikan dalam rawatan kolik untuk bayi (Ize- Ludlow et al. 2004). Ulasan literatur mengenai botani, kegunaan, aspek kimia bahan semulajadi serta farmakologi, telah diterbitkan (Chouksey et al. 2010; Wang et al. 2011). Satu campuran bahan kimia semulajadi yang terdiri daripada trans-anethol (Rajah 2), anisaldehid dan satu sebatian trigliserida telah dapat diasingkan dari ekstrak biji lawang (Haris et al. 2018). Peranan I. verum sebagai bahan penghalang serangga yang mesra alam juga dikaji (Wei et al. 2014). Yoshikawa et al. (2018) turut membincangkan bagaimana haiwan seperti burung hidup bertoleransi dengan toksisiti buah lawang (I. anisatum L.) di negara Jepun dan menghuraikan proses mutualisme di antara flora dan fauna.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohsin, Hannis Fadzillah UNSPECIFIED Eshak, Zolkapli UNSPECIFIED Abdul Wahab, Ibtisam UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals S Agriculture > SB Plant culture > Medicinal plants (Culture only) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Number: | 7 |
Keywords: | Proses mutualisme, bunga lawang, spesis Illicium |
Date: | January 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74222 |