Abstract
Ikan merupakan sumber protein utama dalam diet manusia. Selain, mempunyai kandungan protein yang tinggi ikan juga kaya dengan sumber Omega-3. Omega-3 merupakan sejenis asid lemak tidak tepu yang dikenali sebagai ‘essential fatty acid’. ‘Essential fatty acid’ merujuk kepada asid lemak yang diperlukan oleh badan manusia bagi melakukan proses - proses tertentu namun ianya tidak dapat dihasilkan dengan sendirinya dan perlu diambil dalam diet seharian. Ikan kaya dengan sumber Omega 3 seperti alfa- linolenat (ALA), eikosapentaenoat (EPA) dan dokosaheksanoat (DHA). Namun, tahukah anda setiap jenis ikan mempunyai komposisi Omega-3 yang berbeza? Kandungan Omega-3 dalam ikan dipengaruhi oleh beberapa faktor utama seperti spesis, habitat, jenis pemakanan yang diambil, saiz serta beberapa factor lain.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainol, Zamzila Erdawati UNSPECIFIED Ahmad, Aziani UNSPECIFIED Abd. Aziz, Khairul Naim UNSPECIFIED Kamaruddin, Sharir Aizat UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling > Fisheries |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Number: | 7 |
Keywords: | Ikan, Omega 3, protein, spesis, habitat |
Date: | January 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74219 |