Abstract
Lembayung merah, atau lebih dikenali sebagai infra-red (IR) adalah salah satu spektrum yang dipancarkan oleh cahaya matahari. Ianya wujud sepanjang hari, dengan jumlah maksimum ia dipancarkan adalah sewaktu matahari terbit (sunrise) dan menjelang matahari terbenam (sunset), iaitu pada ketika langit dilimpahi dengan warna kemerah-merahan. Memiliki panjang gelombang di antara 650 nm sehingga 940 nm, IR berupaya untuk tembus ke lapisan kulit sehingga beberapa milimeter dalam, iaitu daripada lapisan epidermis (lapisan kulit paling luar) sehingga ke lapisan hipodermis (lapisan kulit paling dalam). Keupayaan IR menembusi kulit ini mempengaruhi pelbagai mekanisma fisiologi badan kita sama ada di peringkat sel, molekul dan tisu. Banyak kajian photobiomodulation IR yang dilakukan di dalam makmal menunjukkan perkembangan yang memberansangkan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Ismail, Wan Nordini Hasnor UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals R Medicine > R Medicine (General) > Medical technology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Number: | 7 |
Keywords: | Spektrum infra-red, cahaya matahari, kesihatan, manusia |
Date: | January 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74216 |