Abstract
Kemajuan teknologi membantu dalam merancakkan lagi ekosistem digital di dalam dunia ini. Dengan adanya teknologi terkini, ia sebenarnya memudahkan dan memendekkan masa dalam menyelesaikan sesuatu kerja. Banyak urusan kerja seharian boleh dilaksanakan dengan bantuan teknologi canggih yang ada pada hari ini. Selain itu, kebanyakan hasil kemajuan teknologi pada harini adalah berkait rapat dengan sambungan internet yang baik dan jenis peranti yang kemaskini perisian terkini. Oleh itu, wujud satu perisian yang boleh diibaratkan sebagai makmal komputer grafik maya yang dikenali sebagai Canva. Menurut carian dan maklumat di dalam internet, perisian Canva ini telah di asaskan di Perth, Australia pada 1 Januari 2013. Perisian ini kemudiannya telah ditambah baik secra berkala mulai tahun 2014 apabila syarikat pemilik perisian ini melantik pakar teknologi menyertai pasukan rekaan mereka. Kemudiannya, perisian Canva mula menegemaskini perisian yang memberi fokus kepada bahan-bahan berkaitan pemasaran dan perniagaan mulai tahun 2015.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Radzi, Mohamad Quzami An-Nuur UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Number: | 7 |
Keywords: | Canva, makmal komputer, grafik maya, ekosistem digital |
Date: | January 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74200 |