Teknologi satelit bantu mengesan ancaman kelip-kelip? / Siti Aminah Anshah and Nurul Fahmi Shaari

Anshah, Siti Aminah and Shaari, Nurul Fahmi (2023) Teknologi satelit bantu mengesan ancaman kelip-kelip? / Siti Aminah Anshah and Nurul Fahmi Shaari. Epitome of Nature (EON) (7). ISSN 2773-5869
Abstract

Pemandangan cahaya yang berkelipan dan mengasyikkan di kawasan hutan bakau terhasil oleh sejenis serangga yang dipangggil kelip-kelip. Kelip-kelip adalah sejenis serangga daripada kumpulan kumbang. Nama saintifiknya adalah Photuris lucicrescens, sejenis serangga yang bersayap yang mengeluarkan cahaya yang berkelipkelip pada waktu malam. Ada yang menganggap kelip-kelip dan kunang-kunang adalah sama, walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaaan iaitu kelipkelip tinggal di tebing sungai dan selalu hidup secara berkumpulan. Manakala kunang-kunang pula adalah serangga yang tinggal di hutan-hutan data dan selalu berterbangan secara sendirian. Keunikan yang ada pada kelip-kelip adalah pada ekornya yang mengeluarkan kerlipan cahaya. Malah kerlipan ini akan berkelip sebanyak tiga kali sesaat. Saiz kelip-kelip cuma 6 mm panjang dengan jangka hayatnya antara dua hingga tiga bulan sahaja. Kelip-kelip jantan akan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding kelip-kelip betina bagi tujuan untuk menarik perhatian kelip-kelip betina.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 74198.pdf]
Text
74198.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics