Abstract
Pemandangan cahaya yang berkelipan dan mengasyikkan di kawasan hutan bakau terhasil oleh sejenis serangga yang dipangggil kelip-kelip. Kelip-kelip adalah sejenis serangga daripada kumpulan kumbang. Nama saintifiknya adalah Photuris lucicrescens, sejenis serangga yang bersayap yang mengeluarkan cahaya yang berkelipkelip pada waktu malam. Ada yang menganggap kelip-kelip dan kunang-kunang adalah sama, walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaaan iaitu kelipkelip tinggal di tebing sungai dan selalu hidup secara berkumpulan. Manakala kunang-kunang pula adalah serangga yang tinggal di hutan-hutan data dan selalu berterbangan secara sendirian. Keunikan yang ada pada kelip-kelip adalah pada ekornya yang mengeluarkan kerlipan cahaya. Malah kerlipan ini akan berkelip sebanyak tiga kali sesaat. Saiz kelip-kelip cuma 6 mm panjang dengan jangka hayatnya antara dua hingga tiga bulan sahaja. Kelip-kelip jantan akan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding kelip-kelip betina bagi tujuan untuk menarik perhatian kelip-kelip betina.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Anshah, Siti Aminah UNSPECIFIED Shaari, Nurul Fahmi UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Number: | 7 |
Keywords: | Teknologi satelit, kelip-kelip, cahaya, serangga |
Date: | January 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74198 |