Abstract
Pembiakbakaan padi telah dijalankan sejak sekian lama dan merupakan pekerjaan penting di Malaysia kerana beras merupakan makanan utama untuk kegunaan domestik dan eksport. Pencapaian baharu era genetik moden yang digunapakai telah menyumbang kepada aktiviti pembiakbakaan di negara ini. Jujukan genom, pembiakan molekul dan teknik mutasi memainkan peranan penting dalam membangunkan varian baharu dengan ciri-ciri menarik yang memenuhi permintaan pasaran semasa. Sepanjang beberapa dekad lalu, terdapat banyak varian yang dibangunkan oleh saintis Malaysia dengan kerjasama pembiakbaka padi setelah mendapat kelulusan oleh Jawatankuasa Penilaian Biji Benih Padi. Walau bagaimanapun, sangat sedikit penghasilan varian mega domestic yang mampu mengatasi varian yang diimport. Oleh itu, penanaman padi di negara ini berdepan dengan cabaran besar, termasuk keterbatasan teknologi, bajet, dan juga bakat dalam penyelidikan asas untuk bersaing dengan negara pengeluar padi lain. Matlamat sasaran dan pendekatan jangka Panjang untuk pembiakan padi perlu diberi keutamaan secara jelas untuk menjamin keselamatan makanan negara dan memperkasakan pembangunan pembiakbakaan padi di negara ini. Terdapat pelbagai teknologi yang digunapakai pada masa kini di dalam penanaman padi.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hasan, Nor’aishah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | padi, genom, pembiakan molekul, teknik mutasi |
Date: | January 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74189 |