Abstract
Pandemik COVID-19 telah memacu teknologi diagnostik perubatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia secara amnya telah menyeru dunia untuk mengutamakan pelaburan dalam diagnostik berkualiti sebagai langkah pertama dalam kawalan, rawatan dan pencegahan penyakit. Saintis Lukas Wesemann dari Universiti Melbourne dan Pusat Kecemerlangan Majlis Penyelidikan Australia untuk Sistem Meta-Optik Transformatif (TMOS) telah menerbitkan butiran peranti itu dalam jurnal ACS Photonics. Peranti pengimejan berteknologi bersaiz nano, dimana ianya cukup kecil sehingga boleh dimuatkan pada lensa kamera telefon pintar, berpotensi untuk membuat diagnosis penyakit tertentu. Teknologi ini juga boleh diakses dan mampu dimiliki oleh orang di kawasan luar bandar dan terpencil. Para penyelidik telah mengecilkan teknologi pengimejan fasa dengan penggunaan metasurfaces yang boleh memanipulasi cahaya yang melaluinya untuk menjadikan aspek objek yang tidak kelihatan, seperti sel biologi hidup, boleh dilihat.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Zan, Mohd Syahril UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations T Technology > T Technology (General) > Nanotechnology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Nanoteknologi, telefon pintar, sel biologi hidup, metasurfaces |
Date: | January 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74188 |