Biologi molekul dan makmal mega / Dr Amirul Adli Abd Aziz

Abd Aziz, Amirul Adli (2023) Biologi molekul dan makmal mega / Dr Amirul Adli Abd Aziz. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869

Abstract

Bidang kajian biologi molekul telah menempa nama di institusi penyelidikan dan industri seluruh dunia berikutan keperluan tinggi terhadap penyelesaian masalah utama global saban hari. Daripada isu keselamatan makanan dan perubahan iklim kepada kesihatan umum dan pembangunan mampan, bidang ini mampu memberi pengetahuan yang dalam terhadap ilmu-ilmu asas yang berpotensi untuk diaplikasikan menerusi teknologi arus moden yang kemudiannya dapat memacu inisiatif penyelesaian masalah global. Kepentingan Bidang Biologi Molekul; Pemahaman terhadap struktur dan interaksi antara biomolekul aktif mikroorganisma dan virus pembawa penyakit terhadap sasarannya di dalam tubuh manusia dapat membantu dalam merekabentuk molekul kecil yang boleh merencat aktiviti mikroorganisma tersebut, justeru menjadi salah satu cara penyelesaian untuk mengubati dan merawat sesuatu penyakit. Ubatubatan yang lazim digunakan seperti antibiotik, antikulat, antiviral dan vaksin berjaya merawat penyakit berjangkit tidak lain tidak bukan hasil daripada penghayatan dan eksplorasi ilmu dalam bidang biologi molekul.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Aziz, Amirul Adli
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
P Language and Literature > PN Literature (General)
Q Science > QR Microbiology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Biologi, molekul, makmal, antibiotik, antikulat, antiviral, vaksin
Date: January 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74187
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 74187.pdf] Text
74187.pdf

Download (1MB)

ID Number

74187

Indexing

Statistic

Statistic details