Abstract
Pada 19 Jun 2022 yang lalu, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Program “Treasure Hunt: Kepimpinan melalui kerja berpasukan’. Ia adalah salah satu program yang terbuka kepada seluruh warga JSKM sebagai salah satu aktiviti tahunan jabatan. Antara objektif program adalah untuk mengeratkan perhubungan dan semangat kepimpinan antara warga sejabatan serta menggalakkan aktiviti bersukan dan beriadah di kalangan staf JSKM serta mengurangkan tekanan kerja. Program ini telah dijalankan bermula dari jam 7.30 pagi sehingga jam 3.00 petang. Program ini telah dijalankan di Farmstay Relau, Bandar Bahru, Kedah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung. Setiap checkpoint telah menetapkan semua peserta menjalankan pelbagai tugasan seperti mengopek dan mengukir buah, memasak dan membuat air minuman, menghasilkan anyaman dalam pelbagai bentuk serta menghasilkan poster dan melakukan persembahan. Program ini telah dihadiri oleh 30 staf JSKM dengan kerjasama ahli keluarga staf. Program telah berjaya memupuk nilai kerjasama antara staf, semangat kerja berpasukan serta mengeratkan silaturrahim antara staf dan ahli keluarga. Program di akhiri dengan makan tengah hari dan makan buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, manggis, dokong dan durian.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Mohammad, Wan Anisha UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > School life. Student manners and customs. Students > Student activities L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Volume: | 8 |
Keywords: | eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74184 |