Abstract
Kebimbangan dan kemurungan merupakan dua konteks yang berbeza dalam masalah kesihatan mental. Walaubagaimanapun kedua-dua penyakit ini saling berkaitan antara satu sama lain dan kaedah yang digunakan bagi merawat penyakit ini juga adalah sama. Kebimbangan ataupun 'anxiety' membawa maksud perasaan risau iaitu keadaan di mana pesakit mempunyai perasaan takut terhadap sesuatu yang boleh memberi ancaman dari norma biasa kehidupan. Keadaan ini adalah kesedaran bagi individu supaya lebih bersedia menghadapi kebimbangan, Tindak balas dalaman bagi individu yang mengalami kebimbangan akan merembeskan hormon adrenalin dan kortisol walaupun ancaman itu dari segi pemikiran bukannya nyata. Penghasilan hormon-hormon ini akan memberikan simptom kerisauan yang melampau. Pesakit yang mengalami kebimbangan akan lebih cepat mengalami kemurungan. Kemurungan adalah gangguan dari segi perasaan individu yang boleh menyebabkan suatu perasaan sedih yang berpanjangan, keletihan mental, mudah berang serta hilang minat dalam aktiviti harian. Perasaan ini akan berlarutan sehingga beberapa minggu dan ia sebenarnya berkaitan dengan ketidakseimbangan penghasilan hormon. Penghasilan hormon kortisol yang lebih tinggi berbanding serotonin akan menyebabkan berlakunya simptom kemurungan. Kemurungan yang gagal dikenalpasti dan dirawat boleh mengakibatkan kesan yang sangat serius dan boleh meningkatkan risiko tingkah laku bunuh diri. Berdasarkan kes bunuh diri yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia,telah berlaku peningkatan kes pada tahun 2021 berbanding tahun 2020 dan 2019.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yahaya, Syarul Heiry UNSPECIFIED Umar, Norazah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Affection. Feeling. Emotion > Anxiety L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA R Medicine > RC Internal Medicine > Neuroscience. Biological psychiatry. Neuropsychiatry > Psychiatry > Depression. Affective disorders |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Volume: | 8 |
Keywords: | eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74183 |