Khasiat kacang ma / Siti Balqis Mahlan

Mahlan, Siti Balqis (2022) Khasiat kacang ma / Siti Balqis Mahlan. e-Buletin JSKM, 8. ISSN 2637-0077

Abstract

Adakah anda tahu apa itu kacang ma? Ramai yang akan menyangka bahawa kacang ma merupakan sejenis kekacang. Namun sebenarnya, kacang ma merupakan sejenis daun herba yang telah dikeringkan. Kebiasaannya, kacang ma dijadikan sebagai makanan ibu berpantang kerana khasiat yang ada pada daun ini. Ianya bukan sahaja boleh dimakan ketika ibu berpantang malahan boleh juga dimakan oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa kerana rasanya yang unik dan sedap. Kacang ma dipercayai makanan yang berasal dari China dan merupakan hidangan makanan terutamanya semasa ibu berpantang bagi kaum cina di Sarawak. Bagaimanapun, daun ini telah diperluaskan penggunaannya sehingga menjadi terkenal dan disukai oleh kaum-kaum lain di Sarawak. Di antara khasiat yang baik ialah ianya dapat memanaskan badan dan juga boleh mengecutkan rahim wanita selepas bersalin. Ini menyebabkan ianya sesuai diamalkan dan menjadikannya sebagai salah satu bahan utama dalam makanan bagi ibu berpantang. Khasiat daun ini bukan sahaja untuk wanita selepas bersalin namun ianya juga dipercayai sesuai buat semua wanita khususnya untuk melancarkan kitaran haid. Ayam masak kacang ma merupakan menu yang popular dalam penggunaan daun ini. Cara untuk memasak masakan ini agak mudah kerana ia tidak menggunakan bahan yang banyak. Di antara bahan yang diperlukan hanyalah bawang putih, halia dan sedikit perisa tambahan. Gabungan bahan dan juga kacang ma ini membuatkan masakan ini mempunyai aromanya yang tersendiri.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mahlan, Siti Balqis
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
S Agriculture > SB Plant culture > Fruit and fruit culture > Nuts
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Volume: 8
Keywords: eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74182
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 74182.pdf] Text
74182.pdf

Download (1MB)

ID Number

74182

Indexing

Statistic

Statistic details