Perancangan pembangunan pertanian berpadu Negeri Melaka (M.I.A.D.P.) di dalam pembangunan sektor pertanian negeri / Abdul Razak Mohamed dan Mohd. Yazid Ismail

Mohamed, Abdul Razak and Ismail, Mohd. Yazid (1988) Perancangan pembangunan pertanian berpadu Negeri Melaka (M.I.A.D.P.) di dalam pembangunan sektor pertanian negeri / Abdul Razak Mohamed dan Mohd. Yazid Ismail. [Student Project] (Submitted)
Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh manakah MIADP telah membawa pembangunan di dalam sector pertanian bagi beberapa jen is tanaman terpilih. Di samping itu juga ia mengkaji pertalian di antara sifat – sifat peserta dengan taraf pencapaian mereka. Di antara sifat yang dikaji ialah taraf penyertaan di dalam sebarang kursus pertanian, kepuasan terhadap kemudahan yang disediakan, paras aspirasi, darjah kepimpinan, taraf penerimaan amalan dan taraf perhubungan mereka. Sejumlah 7% daripada responden telah ditemutanya bagi mendapatkan maklumat. Kawasan pertanian yang terpilih adalah terdiri dari kawasan Jasin, Merlimau dan Melaka Tengah bagi setiap jenis pertanian yang telah kami tetapkan terdahulu. Kesemua mereka ini adalah terdiri daripada peserta-peserta yang berdaftar di bawah M.I.A.D.P. Hasil kajian membuktikan bahawa terdapatnya masalah dalaman peserta yang mana menyukarkan lagi perlaksanaan projek menuju ke matlamat asal. Kajian menunjukkan kesangsian wujud terutama dari segi keupayaan para peserta menjalankan sesuatu projek tanpa bantuan M.I.A.D.P. di dalam jangkamasa panjang. Masih kedapatan masalah untuk memasarkan hasil keseluruhan pertanian di pasaran dalaman. Boleh disimpulkan bahawa matlamat M.I.A.D.P tercapai di dalam membawa pembangunan ke dalam sektor pertanian tetapi kedapatan unsur-unsur kegagalan terutamanya dari aspek dalaman yang merangkumi faktor sifat, sikap dan gerak laku yang menjadi pendorong kejayaan di dalam jangka panjang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 74165.pdf]
Text
74165.pdf
Download (2MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics