Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh manakah MIADP telah membawa pembangunan di dalam sector pertanian bagi beberapa jen is tanaman terpilih. Di samping itu juga ia mengkaji pertalian di antara sifat – sifat peserta dengan taraf pencapaian mereka. Di antara sifat yang dikaji ialah taraf penyertaan di dalam sebarang kursus pertanian, kepuasan terhadap kemudahan yang disediakan, paras aspirasi, darjah kepimpinan, taraf penerimaan amalan dan taraf perhubungan mereka. Sejumlah 7% daripada responden telah ditemutanya bagi mendapatkan maklumat. Kawasan pertanian yang terpilih adalah terdiri dari kawasan Jasin, Merlimau dan Melaka Tengah bagi setiap jenis pertanian yang telah kami tetapkan terdahulu. Kesemua mereka ini adalah terdiri daripada peserta-peserta yang berdaftar di bawah M.I.A.D.P. Hasil kajian membuktikan bahawa terdapatnya masalah dalaman peserta yang mana menyukarkan lagi perlaksanaan projek menuju ke matlamat asal. Kajian menunjukkan kesangsian wujud terutama dari segi keupayaan para peserta menjalankan sesuatu projek tanpa bantuan M.I.A.D.P. di dalam jangkamasa panjang. Masih kedapatan masalah untuk memasarkan hasil keseluruhan pertanian di pasaran dalaman. Boleh disimpulkan bahawa matlamat M.I.A.D.P tercapai di dalam membawa pembangunan ke dalam sektor pertanian tetapi kedapatan unsur-unsur kegagalan terutamanya dari aspek dalaman yang merangkumi faktor sifat, sikap dan gerak laku yang menjadi pendorong kejayaan di dalam jangka panjang.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Abdul Razak UNSPECIFIED Ismail, Mohd. Yazid UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ahmad, Musa UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agriculture > Agricultural associations, societies, etc. H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agricultural industries S Agriculture > S Agriculture (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | Perancangan pembangunan pertanian berpadu; Pembangunan sektor pertanian; Negeri Melaka |
Date: | 1988 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74165 |
Download
74165.pdf
Download (2MB)