Abstract
Tulisan jawi pada masa lalu diletakkan di bawah matapelajaran Bahasa Melayu yang diajarkan oleh para Guru Besar, bersinar semula setelah banyak resolusi di ambil dalam beberapa seminar khususnya mengenai perkara ini. Ramai di kalangan masyarakat yang mahukan tulisan jawi dikembalikan semula sebagai komponen Bahasa Melayu atas kapasiti tulisan jawi iaitu sebagai satu-satunya tulisan Bahasa Melayu yang digunakan di seluruh kepulauan Melayu sebelum disaingi oleh tulisan rumi pada abad ke 19. Dewasa ini tulisan jawi di letakkan dalam matapelajaran agama Islam dan diajar oleh guru-guru agama. Masa yang terhad untuk belajar dan mengenali tulisan jawi dirasakan tidak mencukupi. Usaha untuk coba menjadikan pembelajaran agama sepenuhnya menggunakan tulisan jawi adalah langkah yang baik dalam meninggikan lagi status tulisan jawi. Maju mundurnya sesuatu bahasa banyak bergantung pada keupayaan media penyebarnya, iaitu tulisan yang berkembang mengikut masa atau sekurang-kurangnya bertahan dalam gelombang peredaran zaman. Tidak ada yang lebih merugikan sesuatu bangsa selain daripada kegagalan mempertahankan tulisan bahasanya daripada ditelan gelombang itu. lnilah dilema yang tidak sewajarnya dipandang enteng oleh bangsa Melayu yang sejak zaman berzaman menggunakan tulisan jawi sebagai media penghubung bahasanya.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Said, Abdullah 92421362 Talib, Zainab 92421913 Majid, Hashim 92725980 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Zaidi, Ilias UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > Curriculum |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | Tulisan jawi; Kajian kes; Sekolah agama; Segamat |
Date: | 1996 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74157 |
Download
74157.pdf
Download (95kB)