Abstract
Kebelakangan ini, kemajuan teknologi dan perkembangan perindustrian yang membanggakan banyak membantu kepada peningkatan ekonomi negara. Sehubungan dengan itu ia berkait rapat dengan para penyumbang yakni para pekerja atau tenaga buruh yang menjadi input utama yang berperanan ke arah kestabilan ekonomi negara. Dari pelbagai kategori para penyumbang ini, peranan golongan istimewa juga tidak harus dipandang ringan kerana mereka juga turut memberi sumbangan yang bermakna kepada peningkatan ekonomi negara lebih-lebih lagi ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020. Namun begitu, peranan golongan istimewa dalam sektor ekonomi ini masih kurang mendapat perhatian dan peluang malah ada kemungkinan masih tidak disedari oleh sebahagian besar masyarakat masa kini. Justeru itu, kajian kami ini adalah bertujuan untuk meninjau sejauhmanakah peranan dan sumbangan golongan istimewa ini dalam sektor ekonomi serta membuka mata masyarakat terhadap keupayaan mereka untuk bergerak maju seiring dengan rakan sekerja mereka yang lain. Kajian ini juga melihat dan menilai sejauhmana penerimaan masyarakat terhadap peranan dan sumbangan golongan ini terutamanya pihak majikan yang terdiri dari pihak kerajaan, pihak swasta, Badan Berkanun dan lain-lain lagi. Melalui beberapa kaedah pengumpulan maklumat yang kami gunakan dalam kajian ini, maka kami dapat mengumpul beberapa maklumat dan fakta-fakta yang penting mengenai penglibatan mereka dalam sektor ekonomi. Di samping itu juga kami mencari sebab musabab mengapa mereka kurang diberi perhatian dan peluang yang lebih luas di dalam sektor ekonomi yang rata-ratanya diterajui oleh orang-orang yang sempuma pancaindera dan anggota tubuh badannya. Selain dari itu, kajian ini juga turut mengupas masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan istimewa ini termasuklah juga masalah yang dihadapi oleh pihak majikan. Setelah mengenalpasti segala masalah dan takat pencapaian mereka dalam sektor ekonomi, kami juga turut mengemukakan beberapa langkah atau cadangan yang patut diambil oleh pihak tertentu bagi mengatasi dan memperbaiki masalah yang timbul agar golongan istimewa ini mendapat hak dan kedudukan yang setaraf dengan orang-orang yang lain. Setelah memberikan cadangan-cadangan tersebut maka kami membuat rumusan daripada maklumat dan fakta yang kami perolehi mengenai paranan dan sumbangan golongan istimewa ini dalam sektor ekonomi. Akhir sekali kami juga ada melampirkan beberapa lampiran yang boleh dijadikan bahan rujukan dan panduan kepada sesiapa yang memerlukannya.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Karim, Afiza 92891030 Ismail, Dalilah 92863911 Shaharudin, Hamissah 92781114 Hamid, Jalidah 92867359 Abdullah, Norhayati 92852553 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohammed Mydin, Abdul Hameed UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agriculture > Agricultural economics H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agriculture > Government owned and operated farms. State farms. Sovkhozes S Agriculture > S Agriculture (General) S Agriculture > S Agriculture (General) > Farmers |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | Peranan; Golongan Istimewa; Sektor ekonomi |
Date: | 1995 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74149 |
Download
74149.pdf
Download (2MB)