Sesebuah bangunan bank tidak akan sempurna tanpa Sistem Keselamatan yang sesuai kerana fungsinya sebagai pedagang matawang menyebabkan bangunan jenis ini terdedah kepada pelbagai risiko keselamatan seperti penyelewengan, rompakan dan Iain-Iain. Tanpa sistem keselamatan yang sempurna institusi perbankan dianggap tidak selamat dan ini boleh menggugat keyakinan pelabur di bank tersebut. Secara ringkas dissertasi ini telah mengkaji mengenai sistem-sistem keselamatan yang digunakan oleh bangunan bank masakini. Kajian di buat berdasarkan kajian di 2 buah bank iaitu Bank Simpanan Nasional Shah Alam dan Bank Bumiputera Commerce serta 10 bank lain yang diambil secara rambang. Aspek kajian adalah merangkumi struktur organisasi pengurusan keselamatan, kaedah-kaedah kawalan keselamatan, peralatan-peralatan keselamatan, masalah-masalah keselamatan, punca-punca dan kesannya. Satu sistem yang lebih baik dicadangkan berdasarkan keperluan yang sepatutnya dipenuhi untuk meningkatkan lagi sistem keselamatan di bangunan bank.
| Item Type: | Thesis (Degree) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Boeran, Haniza 98025138 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Din, Mohd Amin UNSPECIFIED |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
| Programme: | Bachelor of Building Surveying (Hons) |
| Keywords: | Bangunan bank, Sistem Keselamatan, Bank Simpanan Nasional |
| Date: | 2000 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74128 |
74128.pdf
Digital Copy
Physical Location
- Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
