Abstract
Kajian ini mengukur kriteria contengan kanak-kanak lelaki dan perempuan berdasarkan penghayatan kepada ciri-ciri contengan figura. Responden kajian terdiri dari dua golongan kanak-kanak dari latar belakang yang berbeza, bandar dan luar bandar. Dua persoalan utama yang cuba dijawab dalam kajian ini, iaitu; adakah wujud perbezaan contengan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan dan bagaimanakah elemen contengan dapat mengambarkan kematangan kanak-kanak. Sebanyak 225 buah contengan yang dihasilkan oleh seramai 120 responden berusia 5-7 tahun secara rawak. Setiap kanak-kanak menghasilkan dua buah contengan di atas dua keping kertas, pertama, lukisan berpandu dan kedua ialah lukisan bebas. Penilaian dibuat berdasarkan kriteria yang dikemukakan oleh viktor Lowenfeld pada subjek figura. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak perempuan lebih matang dari kanak-kanak lelaki.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ibrahim, Ismail UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > Children. Child development N Fine Arts > ND Painting > General works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 2 |
Event Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara” |
Event Dates: | 27 dan 28 Mei 2002 |
Page Range: | pp. 62-71 |
Keywords: | Contengan, kanak-kanak, kematangan |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74052 |