Analisis kesalahan tatabahasa (aspek morfologi) di kalangan pelajar sekolah menengah: kajian kes pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Dato' Mansor, Bahau, Daerah Jempol, Negeri Sembilan / Ab. Rahman Said, Baharuddin Suib and Abd. Aziz Awang Darus

Said, Ab. Rahman and Suib, Baharuddin and Awang Darus, Abd. Aziz (1996) Analisis kesalahan tatabahasa (aspek morfologi) di kalangan pelajar sekolah menengah: kajian kes pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Dato' Mansor, Bahau, Daerah Jempol, Negeri Sembilan / Ab. Rahman Said, Baharuddin Suib and Abd. Aziz Awang Darus. [Student Project] (Submitted)
Abstract

Semenjak negara merdeka pada tahun 1957, beberapa perubahan pesat telah berlaku di dalam sistem pendidikan negara yang kini hanya menggunakan satu bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu bagi menggantikan sistem pendidikan Burnes 1949. Bahasa Melayu telah pernah mengalami zaman kegemi­angan sebagai bahasa lingua franca seluruh alam kepulauan Melayu. Kedudukan dan mertabat bahasa Melayu telah dijulang kedaulatannya dengan dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia), Fasal 15 2 para 1, bahawa "Bahasa Kebangsaan" adalah bahasa Melayu. Dasar Pelajaran Kebangsaaan mengikut Laporan Razak (1958) 3 dan Laporan Rahman Talib (1960) 4 wujud berdasarkan perakuan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Fasal 15 2, bertujuan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bersatupadu melalui sistem persekolahan yang menjadikan bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah seluruh negara. Ini kerana bahasa adalah alat untuk berkomunikasi dan alat untuk berfikir dan seterusnya melahirkan fikiran. Justru, pertumbuhan bahasa itu perlu dirancang dan dikawal supaya perkembangannya ber jalan selaras dengan kehendak dan aspirasi negara.
Perkembangan bahasa Melayu adalah perkembangan bahasa yang dirancang dan dikawal atau di indungi oleh politik negara untuk didaulatkan sebagai bahasa Melayu tinggi dalam segala aspek kebahasaan. Bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara semenjak merdeka terus berkembang pesat dan kini diiktiraf sebagai bahasa ilmu dan bahasa serantau dan jika boleh sebagai bahasa antarabangsa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 73876.pdf]
Text
73876.pdf
Download (129kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics