Potensi pengunaan sistem maklumat geografi (GIS) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran geografi pada peringkat sekolah menengah atas di Malaysia / Mohd Faris Dziauddin

Dziauddin, Mohd Faris (2002) Potensi pengunaan sistem maklumat geografi (GIS) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran geografi pada peringkat sekolah menengah atas di Malaysia / Mohd Faris Dziauddin. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Kini sudah tiba masanya sistem maklumat geografi (GIS) digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) mata pelajaran geografi pada peringkat sekolah menengah atas di negara ini agar proses P&P menjadi lebih relevan, efektif dan menarik. Pada peringkat sekolah menengah atas GIS boleh digunakan sebagai alat untuk memahami dengan lebih mendalam aspek-aspek penting dalam geografi. Terutamanya yang melibatkan elemen interaksi ruangan. Dalam erti kata lain penggunaan GIS membuka jalan baru bagi analisis data ruangan. Pada peringkat sekolah analisis-analisis mudah yang ada dalam GIS boleh digunakan. Misalnya penggunaan analisis tindanan peta (map overlay) dan analisis penampan (buffering). Di samping itu pelajar-pelajar juga boleh didedahkan dengan proses penghasilan peta dengan menggunakan perisian GIS. Melalui penggunaan GIS pada peringkat sekolah menengah diharapkan dapat menarik semula minat dikalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia terhadap mata pelajaran geografi sebagai salah satu daripada mata pelajaran yang penting dan mempunyai prospek masa depan yang baik serta setidak-tidaknya memberi ruang kepada pelajar-pelajar geografi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri berkaitan teknologi maklumat.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Dziauddin, Mohd Faris
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 628-635
Keywords: Geografi, pengajaran dan pembelajaran, sekolah menengah atas, teknologi maklumat
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73683
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73683.pdf] Text
73683.pdf

Download (5MB)

ID Number

73683

Indexing

Statistic

Statistic details