Abstract
Kini sudah tiba masanya sistem maklumat geografi (GIS) digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) mata pelajaran geografi pada peringkat sekolah menengah atas di negara ini agar proses P&P menjadi lebih relevan, efektif dan menarik. Pada peringkat sekolah menengah atas GIS boleh digunakan sebagai alat untuk memahami dengan lebih mendalam aspek-aspek penting dalam geografi. Terutamanya yang melibatkan elemen interaksi ruangan. Dalam erti kata lain penggunaan GIS membuka jalan baru bagi analisis data ruangan. Pada peringkat sekolah analisis-analisis mudah yang ada dalam GIS boleh digunakan. Misalnya penggunaan analisis tindanan peta (map overlay) dan analisis penampan (buffering). Di samping itu pelajar-pelajar juga boleh didedahkan dengan proses penghasilan peta dengan menggunakan perisian GIS. Melalui penggunaan GIS pada peringkat sekolah menengah diharapkan dapat menarik semula minat dikalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia terhadap mata pelajaran geografi sebagai salah satu daripada mata pelajaran yang penting dan mempunyai prospek masa depan yang baik serta setidak-tidaknya memberi ruang kepada pelajar-pelajar geografi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri berkaitan teknologi maklumat.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Dziauddin, Mohd Faris UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1 |
Event Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara” |
Event Dates: | 27 dan 28 Mei 2002 |
Page Range: | pp. 628-635 |
Keywords: | Geografi, pengajaran dan pembelajaran, sekolah menengah atas, teknologi maklumat |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73683 |