Abstract
Tree Searched Vector Quantization atau TSVQ merupakan salah satu kaedah didalam teknik quantization didalam sesuatu sistem pemampatan imej. Algoritma ini diterjemahkan kepada peringkat rekabentuk logik digital sebelum diaturcarakan kepada cip FPGA. Cip FPGA merupakan cip boleh aturcara berulang kali dalam masa yang singkat dan amat sesuai digunakan didalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutamanya di pusat pengajian tinggi ataupun syarikat berorentasikan kepada penyelidikan dan pembangunan. Di peringkat permulaan, teknologi ini dipelopori oleh dua syarikat utama iaitu Altera dan Xilinx. Teknologi ini mempercepatkan kitar masa untuk penyelidikan dan pembangunan sesuatu sistem aplikasi kepada bentuk litar bersepadu. Di dalam kertas kerja ini, algoritma TSVQ akan dibangunkan dan diaplikasikan kedalam cip Altera Flex 10K I00 bagi proses pemampatan imej. Perantaraan papan litar FPGA yang telah direkabentuk dan antaramuka talian selari pada komputer peribadi akan digunakan untuk proses pengujian. Data masukan adalah diambil dari imej disimpan didalam ROM. Platfom sistem dibangunkan dengan menggunakan perisian MaxplusII yang dibekalkan oleh syarikat Altera dan bagi pengujian akhir sistem ini menggunakan cip Altera Flex EPF-10k100ARC240-3 dengan kapasitinya 100,000 get logik.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abu Bakar, M. B. bakhtiar@kustem.edu.my Mohd Yusof, Z. UNSPECIFIED Sulaiman, S. UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1 |
Event Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara” |
Event Dates: | 27 dan 28 Mei 2002 |
Page Range: | pp. 602-607 |
Keywords: | 'Tree Searched Vector Quantizer', pemampatan imej, FPGA |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73670 |