Memantapkan peranan sains sosial dalam pembangunan negara: suatu pendekatan strategik / Prof. Madya Dr Yeop Hussin Bidin

Bidin, Prof. Madya Dr Yeop Hussin (2002) Memantapkan peranan sains sosial dalam pembangunan negara: suatu pendekatan strategik / Prof. Madya Dr Yeop Hussin Bidin. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Penekanan nisbah 60:40 bagi penawaran program-program akademik institusi pengajian tinggi (IPT) negara ini diantara bidang sains, teknologi dan sains sosial akan menyaksikan agihan kewangan dan tenaga kerja yang lebih tertumpu kepada sektor industri dan pembuatan dan perkhidmatan berasaskan teknologi maklumat. Wawasan negara maju pada tahun 2020 tidaklah bermakna bahawa bidang-bidang bukan sains dan teknologi akan menjadi kurang penting atau diberikan kurang perhatian. Malah, bidang sains sosial dirasakan mampu membangunkan negara bersama-sama bidang sains/teknologi melalui pengkhususannya yang menyentuh aspek-aspek manusia dan kemasyarakatan. Ini kerana masyarakat diketika itu akan menjadi semakin moden dan 'sophisticated'. Pemodenan masyarakat dan negara ini seharusnya ditunjangi oleh asas-asas kukuh mengenai kemanusiaan dan nilai-nilainya. Justeru bidang sains sosial seperti ekonomi, sejarah, politik dan pengurusan akan memberikan kekuatan kepada masyarakat di dalam membangunkan negara dan kehidupan melalui pengamatan, penilaian dan pengkajian sifat dan sikap manusia itu sendiri. Hakikat bahawa manusia itu mempunyai potensi diri untuk dibentuk dan dimanafaatkan sepenuhnya, maka bidang sains sosial tetap memiliki kelebihan didalam perkembangan ilmu dan ketamaddunan. Sumbangan bidang ini ke arah pembangunan negara dapat diyakini dengan melihat kepada sebuah pendekatan yang strategik mengenai usaha-usaha pemantapan peranannya baik didalam pelaksanaan dasar pendidikan dan peningkatan mutu kehidupan masyarakat negara ini. Strategi pemantapan yang dikemukakan ini diharap dapat mengukuhkan peranan dan sumbangan sains sosial bukan sahaja kepada pembangunan negara malah sekiranya disepadukan dengan kepentingan agama akan menjadikannya lebih teguh dan kukuh membina manusia-manusia yang akan menerajui juga kemajuan sains dan teknologi di masa yang akan datang.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Bidin, Prof. Madya Dr Yeop Hussin
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 544-548
Keywords: Sains sosial, pembangunan negara, pendekatan strategik
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73625
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73625.pdf] Text
73625.pdf

Download (2MB)

ID Number

73625

Indexing

Statistic

Statistic details