Penggunaan "online learning" dan keberkesanannya dalam meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran: tinjauan penggunaan ica nicenet di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) / Hussain Othman

Othman, Hussain (2002) Penggunaan "online learning" dan keberkesanannya dalam meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran: tinjauan penggunaan ica nicenet di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) / Hussain Othman. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di universiti-universiti sering dikaitkan dengan kualiti graduan yang dihasilkan untuk pasaran kerja. Lantaran itu kita melihat kecenderungan umum di pusat-pusat pengajian tinggi khususnya Institusi Pengajian Tinggi Awam (lPTA) menubuhkan pusat-pusat pengajaran dan pembelajaran yang menumpukan kepada usaha khusus meningkatkan kemahiran pengajaran pensyarah dan juga keberkesanan proses pembelajaran pelajar. Perkembangan mutakhir dalam bidang ICT pula mempengaruhi ramai tenaga kerja pendidik untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi ICT. Mereka begitu yakin tentang peranan yang boleh dimainkan oJeh teknologi ini. Walau bagaimanapun, sumbangan teknologi lCT kepada bidang pendidikan khususnya dalam bilik darjah sering dihantui oleh berbagai persoalan. Masyarakat selalu bertanya. "So what difference are computers making in classrooms for student?". Smith (2001) mencatatkan di antara dimensi yang disumbangkan oleh lCT lcepada pembelajaran iaitu " Learners fluency, strengthening the basics, developing higher-level proficiencies, increasing relevancy, motivation to learn and, recognition of treade offs. Proses pengajaran dan pembelajaran di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) telah mula berorientasikan teknologi lCT sejak awal-awal penubuhannya. Kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauh manakah penggunaan teknologi ICT yang dikhususkan kepada "Online Learning" dengan menggunakan Internet Classroom Assistant dapat membantu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran mereka. Untuk tujuan kajian ini. pengkaji telah memilih seramai 120 orang pelajar dan ICA Nicenet yang dapat dicapai melalui http//www.nicenet.org dijadikan sebagai "kelas maya ". Beberapa alat kajian telah dibina yang terdiri daripada borang soal selidik, jadual pemerhatian dan analisis teks untuk mendapatkan data yang diperlukan. Dapatan kajian menunjukkan peranan yang sangat positif boleh dimainkan oleh teknologi ICT dalam meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Othman, Hussain
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 522-529
Keywords: Pusat pengajian tinggi, kemahiran pengajaran, teknologi lCT
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73609
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73609.pdf] Text
73609.pdf

Download (4MB)

ID Number

73609

Indexing

Statistic

Statistic details