Pembangunan personelia dalam aspek latihan dan pembangunan: antara realiti dan formaliti keberkesanan tugas / Wan Idros Wan Sulaiman

Wan Sulaiman, Wan Idros (2002) Pembangunan personelia dalam aspek latihan dan pembangunan: antara realiti dan formaliti keberkesanan tugas / Wan Idros Wan Sulaiman. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Kajian yang berbentuk deskriptif ini bermatlamat untuk mengkaji pandangan kakitangan kumpulan sokongan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap keberkesanan program latihan dan pembangunan yang telah direkabentuk dan dilaksanakan oleh pihak universiti dalam memantapkan pembangunan sumber manusia secara keseluruhan. Dalam konteks ini, pengkaji cuba menilai dan menganalisis keberkesanan program latihan dan pembangunan yang diamalkan di UKM dari tiga aspek utama iaitu aspek perancangan program, aspek faktor-faktor penyumbang dan terakhirnya aspek penilaian program berdasarkan pendapat dan pandangan kakitangan kumpulan sokongan UKM. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah soal selidik telah dijalankan ke atas 80 orang responden. Data kajian dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package For Social Sciences (SPSS) version 10.0 for windows. Di samping itu, temubual juga diadakan dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UKM. Dalam kajian ini, statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan min digunakan untuk membuat interpretasi pandangan responden terhadap aspek-aspek yang hendak dikaji mengenai keberkesanan program Iatihan dan pembangunan yang telah diikuti. Dalam aspek perancangan program, dapatan kajian menunjukkan kandungan sesebuah program latihan dan pembangunan yang disediakan oleh pihak univarsiti tidak sesuai dengan tahap kemahiran dan pengetahuan responden. Dari aspek faktor-faktor penyumbang pula, majoriti responden memberi maklum balas yang baik. ManakaIa, dalam konteks penilaian program, hampir keseluruhan item boleh diterima baik oleh setiap responden. Namun, rata-rata daripada mereka berpendapat bahawa program Iatihan dan pembangunan yang diikuti tidak memberi panduan dalam pengurusan kerja walaupun kekerapan mengikuti kursus, kursus tersebut tidak dapat membantu kefahaman tentang tugas masing-masing dan mengelirukan. Secara keseIuruhannya, pengkaji mencadangkan agar pihak universiti terutamanya Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UKM membuat sedikit perubahan ke atas reka bentuk latihan yang diamalkan bagi menjamin peningkatan dalam keberkesanan program Iatihan dan pembangunan yang bakal dilaksanakan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wan Sulaiman, Wan Idros
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 504-516
Keywords: Program latihan dan pembangunan, pembangunan sumber manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73600
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73600.pdf] Text
73600.pdf

Download (7MB)

ID Number

73600

Indexing

Statistic

Statistic details