Pendekatan soft systems methodology (SSM) dalam menyelesaikan masalah / Nor Hasbiah Ubaidullah and Mazidah Puteh

Ubaidullah, Nor Hasbiah and Puteh, Mazidah (2002) Pendekatan soft systems methodology (SSM) dalam menyelesaikan masalah / Nor Hasbiah Ubaidullah and Mazidah Puteh. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

SSM adalah berasaskan kepada teori sistem (systems theory), di mana ianya merupakan satu pelengkap kepada sistem-sistem yang dikategorikan ke dalam Hard Systems Thinking seperti penyelidikan operasi (operational research), analisis sistem (systems analysis), dan kejuruteraan sistem (systems engineering). SSM merupakan satu kaedah penyelesaian masalah (problem solving approach) yang dibangunkan hasil dari kegagalan kejuruteraan sistem. Di dalam beberapa sistem seperti yang dinyatakan di atas, tumpuan sistem adalah terhadap pencapaian objektif. Di dalam keadaan di mana wujudnya penglibatan manusia, unsur-unsur yang berkaitan dengan tingkah laku manusia seperti tawar menawar, perbahasan pendapat, interaksi sosial dan sebagainya, perlu diambil kira. Sistem-sistem ini tidak dapat menyelesaikan masalah masalah yang ada hubung kait dengan manusia sejagat seperti yang dinyatakan di atas. SSM dikategorikan ke dalam Soft Systems Thinking. SSM berbeza dengan sistem-sistem yang dikategorikan ke dalam Hard Systems Thinking kerana di dalam sistem ini objektif bukanlah merupakan satu perkara yang penting kerana ia adalah sistem pembelajaran (learning systems). SSM mengkaji tentang masalah manusia sejagat yang komplek dan mendorong kepada tindakan yang sewajarnya untuk penambahbaikan. Sekian lama kita telah menggunakan sistem yang berasaskan kepada pendekatan keras (hard approach), sedarkah kita tentang kewujudan sistem yang berasaskan pendekatan lembut (soft approach). Sistem yang berasaskan pendekatan lembut ini adalah Soft Systems Methodology yang dibangunkan oleh Peter Checkland dari University of Lancaster, United Kingdom. Sistem ini mampu menyelesaikan masalah yang berkait dengan manusia sejagat seperti hubungan sosial, perbalahan dan sebagainya. Kertas kerja ini bertujuan untuk mendedahkan pendekatan SSM di dalam menyelesaikan masalah.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ubaidullah, Nor Hasbiah
UNSPECIFIED
Puteh, Mazidah
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Technological change
T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 483-490
Keywords: Sistem lembut, sistem keras, sistem aktiviti manusia, soft systems methodology
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73579
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73579.pdf] Text
73579.pdf

Download (3MB)

ID Number

73579

Indexing

Statistic

Statistic details