Abstract
Pembangunan sosial dilihat dalam pelbagai sudut mempunyai konsep dan citra yang tersendiri. Sebahagian sarjana melihat pembangunan itu dari sudut pembangunan fizikal semata-mata dan sebahagian lain melihat pembangunan dari segi fizikal dan spiritual. Kertas kerja ini ditulis bertujuan
untuk melihat sejauhmana pandangan sarjana Islam khususnya sarjana Islam abad ke-20, terhadap konsep pembangunan sosial. Pendekatan yang perlu dilakukan untuk membangunkan masyarakat serta elemen elemen yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan sosial akan dilihat. Sarjana-sarjana Islam yang sering menulis dan mengemukakan konsep pembangunan sosial termasuklah Muhammad Abduh, Sayyid Qutb. Abu al-A 'la al-Mawdudi, Yusuf al-Qardawi, Malek Bin Nabi dan sebagainya. Mereka bukan sahaja mengemukakan teori melalui tulisan dan pengucapan, malah terlihat secara langsung dalam pembangunan tersehut. Penulisan ini juga diharap dapat meneliti idea serta program pembangunan mereka dalam arus perdana pembangunan negara.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zain, Farid Mat UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1 |
Event Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara” |
Event Dates: | 27 dan 28 Mei 2002 |
Page Range: | pp. 432-438 |
Keywords: | Pembangunan sosial, sarjana Islam, Islam moden |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73507 |