Abstract
Suatu ketika dahulu, hobi mengumpul setem menjadi antara hobi yang popular di kalangan pelajar sekolah. Jika ternampak setem yang imejnya lain dari yang lain, pasti diasingkan dari sampul dan disimpan dalam buku setem. Buku setem akan dibawa ke sekolah dan berlaku sistem ‘Barter’ atau pertukaran setem secara suka sama suka antara rakan sekolah. Walau bagaimanapun, hobi tersebut semakin pudar dikalangan anak-anak zaman sekarang. Malah, mungkin ada yang sudah tidak tahu lagi apakah setem dan kegunaannya. Kini, hobi mengumpul setem hanya popular di kalangan orang dewasa, malah tidak ramai yang mempunyai hobi ini. Gerai atau kedai yang menjual setem juga agak sukar untuk ditemui. Jika di Pulau Pinang, gerai atau kedai yang menjual setem dapat dijumpai di sekitar Pasar Rope Walk, Pengkalan Weld dan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar). Walaupun begitu, peminat setem masih boleh melengkapkan koleksi setem mereka dengan pembelian atas talian. Sebenarnya mengumpul setem adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang seperti mengumpul lukisan pelukis terkenal seperti Vincent Van Gogh, Pablo Picasso serta Andy Warhol. Cuma, cara setem dinilai agak berbeza jika dibandingkan dengan lukisan. Tidak dinafikan kadar kecairan pelaburan dalam bentuk setem adalah agak lambat kerana tidak ramai yang mempunyai hobi mengumpul setem serta proses jual beli setem perlu dilakukan menggunakan platform yang betul. Jangan terkejut jika ada individu yang dilantik oleh peminat setem mengembara serata dunia untuk mencari setem yang diminati bagi melengkapkan koleksi mereka. Ya, setem juga mempunyai koleksi tersendiri. Jika mahu menaikkan nilai sesuatu setem, setem tersebut mestilah sukar ditemui atau dalam erti kata lain, pada masa tersebut, tidak banyak setem yang dicetak atau terdapat kesilapan cetakan pada setem tersebut. Selain itu, setem yang dimiliki juga boleh mendapatkan pengesahan ketulenan atau BPA Certificate dari British Philatelic Association. Setem yang asalnya berharga RM866.19 mungkin boleh bernilai RM59,550.27 jika mendapat sijil pengesahan ketulenan BPA ini.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Omar, Mahanim UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Museums (General). Collectors and collecting (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Volume: | 8 |
Keywords: | eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73499 |