Abstract
Special Interest Group (SIG) e-Learning@CS, Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Program Pemerkasaan Bumiputera Dalam Pendidikan Tinggi (Focus Group B40) pada 24 September 2022 di Masjid al-Hidayah, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pengarah bagi program ini adalah Dr Syarifah Adilah Mohamed Yusoff. Program ini dijalankan dengan kerjasama Jawatankuasa Qariah Masjid al-Hidayah. Seramai 22 orang pelajar dari keluarga kumpulan B40 melibatkan diri sebagai peserta dalam program ini. Program ini berlangsung selama 3 jam bermula 10 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengahari. Para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil yang mana setiap kumpulan didedahkan dengan bengkel Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Ujian Minda. Para fasilitator adalah melibatkan semua pensyarah Sains Komputer dari Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang. Secara umumnya, para peserta dan penjaga masing-masing memberi maklumbalas yang positif yang mana mereka menyarankan agar program seumpama ini dilaksanakan dengan kerap khususnya kepada pelajar-pelajar dari keluarga B40. Pada sesi temubual dan rumusan setelah selesai program dengan Jawatankuasa Qariah Masjid al-Hidayah, rata-rata jawatankuasa amat berpuas hati dengan maklumbalas peserta dan komitmen fasilitator yang telah memberikan latihan dalam bengkel Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Ujian Minda. Walaupun program tersebut terpaksa ditunda sejam lewat kerana berlaku banjir kilat di sekitar Bayan Lepas pada awal pagi tersebut, namun program diteruskan kerana keterujaan para peserta untuk mengikuti program ini. Program berakhir pada pukul 2:30 petang dengan sesi bergambar bersama fasilitator dan Jawatankuasa Qariah Masjid al-Hidayah, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Jamal UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Computers in education. Information technology L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Volume: | 8 |
Keywords: | eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73493 |