Abstract
Progres dalam penyelidikan dan pembangunan minyak sayuran sebagai bendalir industri adalah menggalakkan. Hasil dari penyelidikan yang berlerusan di Eropah dan Amerika Syarikat, beberapa minyak industri yang berasaskan sayuran telah dihasilkan. Walau bagaimanapun, minyak ini adalah hasil dari tanaman negara tersebut. Dalam menyahut cabaran ini, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia sebagai sebuah institut pengajian tinggi awam yang mengkhususkan kepada pengurusan, sains dan teknologi alam sekitar teIah memulakan kajian penggunaan minyak sayuran sebagai bahan mesra alam dalam sistem hidraulik. Oleh kerana minyak sayuran didapati kurang stabil dari segi sifat termanya, kajian dimulakan dengan memperbaiki sifat terma minyak. Kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan empat jenis aditif yang telah dikomersilkan terhadap pengoksidaan minyak kelapa (Cocos Nucifera) berbanding dengan minyak rapeseed (Brassica) yang telah diformulasikan. Sampel-sampel minyak telah dipanaskan pada suhu 95°C selama 500 jam dan kemudiannya telah dianalisis dengan menggunakan kaedah spektroskopi inframerah, kaedah analisis termogravimetri dan ujian keasidan. Kuprum yang pada awalnya dijangka berfungsi sebagai mangkin akhirnya telah menunjukkan kesan sebagai bahan yang bersifat anti oksida kepada minyak kelapa. Aditif IRGANOX L107 adalah aditif yang telah didapati memberi kesan yang
terbaik dalam mengurangkan kadar pengoksidaan yang berlaku terhadap minyak kelapa.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Nik, W. B. UNSPECIFIED Ku Bulat, K. H. UNSPECIFIED Muhammad Zuki, W. A. UNSPECIFIED Ibrahim, M.Z. UNSPECIFIED Ahmad, M.F. UNSPECIFIED Ali, A. UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1 |
Event Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara” |
Event Dates: | 27 dan 28 Mei 2002 |
Page Range: | pp. 341-348 |
Keywords: | Kelapa, minyak, aditif, pengoksidaan |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73442 |