Abstract
Artikel ini membincangkan kepentingan penjenamaan ke atas produk tempatan dalam membentuk daya saing untuk menghadapi pasaran tempatan yang bakal menjadi kompetitif dengan tren globalisasi dan perlaksanaan AFTA. Jenama merupakan satu isu pemasaran yang sedang hangat diperdebatkan di negara ini. Keupayaan produk tempatan bersaing di pasaran asing masih lagi dipersoalkan. Antara faktor yang masih kurang diberi perhatian oleh kebanyakan pengusaha tempatan adalah pembentukan jenama yang lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa. Kebanyakan syarikat yang berjaya menguasai pasaran global datangnya dari negara barat yang mana mereka lebih memberikan perhatian yang mendalam ke atas pembentukkan jenama. Kertas kerja ini membincangkan dua objektif asas iaitu mendedahkan kepentingan jenama kepada pengusaha tempatan khususnya pengusaha industri kecil dan sederhana. Objektif kedua ialah memberikan rangka kerja yang komprehensif yang dapat membantu mereka dalam proses pembinaan jenama yang efektif bagi menghadapi perubahan persekitaran di dalam pasaran tempatan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Harun, Amran UNSPECIFIED Igau, Oswald @ Aisat UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1 |
Event Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara” |
Event Dates: | 27 dan 28 Mei 2002 |
Page Range: | pp. 247-254 |
Keywords: | Jenama, industri kecil dan sederhana, persaingan global, strategi penjenamaan |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73392 |