Kesan inovasi kewangan ke atas permintaan wang di Malaysia: satu kajian empirikal / Jasni M. Shariff, Thirunaukarasu Subramaniam and Ahmad Mosfi Mahmood

M. Shariff, Jasni and Subramaniam, Thirunaukarasu and Mahmood, Ahmad Mosfi (2002) Kesan inovasi kewangan ke atas permintaan wang di Malaysia: satu kajian empirikal / Jasni M. Shariff, Thirunaukarasu Subramaniam and Ahmad Mosfi Mahmood. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Permintaan wang di Malaysia boleh dibahagikan kepada M1, M2 dan M3. M1 meliputi mata wang dalam edaran dan deposit semasa. M2 pula meliputi M1 ditambah deposit tabungan dan deposit tetap di bank perdagangan. M3 meliputi M2 ditambah dengan deposit tabungan serta deposit tetap di institusi kewangan lain. Kajian ini akan melihat impak inovasi kewangan ke atas fungsi permintaan wang M1 di Malaysia. Kajian ini akan menggunakan data sekunder yang diperolehi daripada Laporan Bank Negara Malaysia. Empat model empirikal akan dibentuk untuk melihat kesan inavasi kewangan yang akan menggunakan bilangan kad kredit sebagai praksi. Model pertama dan ketiga adalah tanpa variabel inavasi kewangan manakala model kedua dan keempat akan memasukkan variabel berkenaan. Didapati inavasi kewangan yang dipraksi aleh kad kredit mempunyai hubungan yang negatif dengan permintaan ke atas wang bagi jangka pendek dan jangka panjang. Apabila pemegangan kad kredit meningkat, orang ramai akan mengurangkan pemegangan wang dan dengan itu permintaan wang akan jatuh. Ini akan menyebabkan kadar bunga turun dan seterusnya meningkatkan pelaburan dan tingkat pendapatan negara. Ini bermaksud penawaran wang tidak perlu ditingkatkan untuk meningkatkan pendapatan negara bagi sesebuah negara. Tetapi adalah memadai sekiranya wujud inavasi kewangan kerana ini baleh juga membawa kepada peningkatan dalam pendapatan negara dan seterusnya pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
M. Shariff, Jasni
UNSPECIFIED
Subramaniam, Thirunaukarasu
UNSPECIFIED
Mahmood, Ahmad Mosfi
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > Malaysia
H Social Sciences > HG Finance > Money
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 243-246
Keywords: Permintaan wang, inovasi kewangan, kad kredit, kadar bunga, pendapatan, kadar inflasi
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73391
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73391.pdf] Text
73391.pdf

Download (1MB)

ID Number

73391

Indexing

Statistic

Statistic details