Abstract
WAP atau Wireless Application Protocol merupakan suatu spesifikasi global terbuka yang membenarkan pengguna bergerak mengakses dan berinteraksi secara spontan terhadap pelbagai maklumat dan perkhidmatan dengan peranti tanpa wayar. WAP@UCT merupakan sistem aplikasi perkhidmatan yang dibangunkan khas untuk penggunaan di institusi pengajian tinggi seperti universiti dan kolej dengan memasukan unsur dan elemen beroreintasikan akademik. Aplikasi ini mengeksploitasi kelebihan dan kebaikan teknologi WAP membolehkan penghuni kampus menerima maklumat dan berita terkini melalui telefon selular berteknologi WAP. Pengguna boleh mencari maklumat tentang kursus dan penjadualan, membaca notis, menerima dan menghantar mel, membaca aktiviti dan berita yang berlaku di persekitaran kampus. Sasaran pengguna utama ialah pelajar, pensyarah dan kakitangan kolej yang mempunyai telefon bimbit dengan tekonologi WAP. Di dalam kertas kerja ini, sistem aplikasi perkhidmatan WAP@UCT telah diuji di Kolej universiti Sains dan Teknologi Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Terengganu). Platfom sistem dibangunkan dengan menggunakan NOKIA WAP Toolkit dan pengujian akhir aplikasi disokong mengikut standard telefon bimbit NOKIA WAP model 7110.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sulaiman, S. UNSPECIFIED Ahmad, M.F. UNSPECIFIED Ibrahim, M.Z. UNSPECIFIED Ali, A. UNSPECIFIED Abu Bakar, M B. UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1 |
Event Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara” |
Event Dates: | 27 dan 28 Mei 2002 |
Page Range: | pp. 226-230 |
Keywords: | WAP, WAP@UCT, aplikasi perkhidmatan |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73388 |