Abstract
Novell merupakan satu sistem operasi seperti OS Dos, OS unix dan OS Windows yang dipasang secara rangkaian dalam sesebuah makmal atau sesebuah organisasi. Pemasangannya yang berbentuk rangkaian membolehkan wujudnya satu ruang maya untuk pengguna berkongsi utiliti yang ditawarkan oleh sistem operasi tersebut. Oleh itu, satu kajian dijalankan untuk meninjau penggunaan sistem operasi Novell yang menghubungkan pensyarah dan pelajar dalam bentuk komunikasi maya di sebuah institusi pengajian teknikal di Malaysia. Fokus kajian ialah mengenal pasti penerimaan pelajar terhadap pengunaan Novell, meninjau penggunaan sistem operasi Novell, memaksimum pengunaan sistem operasi Novell dan mengenal pasti masalah-masalah daripada penggunaan sistem operasi tersebut. Data dikumpul menerusi soal selidik dan pemerhatian perlaksanaan operasi sistem tersebut oleh penyelidik. Adalah dijangkakan hasil kajian dapat memberi alternatif kepada pemyarah dan pelajar untuk melaksanakan komunikasi maya selain daripada penggunaan e-mel dan bulletin board dan meningkatkan mutu perkhidmatan sistem operasi tersebut dalam sesebuah institusi pendidikan teknikal.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Esa, Ahmad UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1 |
Event Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara” |
Event Dates: | 27 dan 28 Mei 2002 |
Page Range: | pp. 218-225 |
Keywords: | Sistem operasi Novell, medium pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran maya |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73387 |