Hubungkait skim pampasan pekerja dengan tahap motivasi dan kepuasan kerja / Azmi Abdul Manaf

Abdul Manaf, Azmi (2002) Hubungkait skim pampasan pekerja dengan tahap motivasi dan kepuasan kerja / Azmi Abdul Manaf. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Skim pampasan pekerja merujuk kepada setiap jenis imbuhan yang diterima oleh pekerja sebagai sebahagian daripada ikatan pekerjaan dan balasan kepada perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja kepada organisasi. Tujuan pembentukan skim pampasan pekerja ialah untuk meningkatkan motivasi, menawarkan kepuasan kerja dan mengekalkan pekerja yang produktif di samping menarik pekerja baru yang berpotensi untuk berkhidmat dengan organisasi. Berdasarkan tujuan pembentukan skim pampasan pekerja, pihak majikan atau pihak pengurusan organisasi harus membentuk skim pampasan pekerja yang berupaya meningkatkan tahap motivasi dan kepuasan kerja di kalangan pekerja-pekerjanya. Pada dasarnya kertas kerja ini membincangkan pengaruh skim pampasan pekerja terhadap tahap motivasi dan kepuasan kerja di kalangan pegawai tadbir kerajaan negeri Terengganu. Namun begitu tumpuan perbincangan ialah meneliti implikasi awal perlaksanaan komponen baru skim pampasan pekerja terhadap tahap motivasi dan kepuasan kerja di kalangan pegawai-pegawai tadbir kerajaan negeri. Skim pampasan pekerja yang baru diperkenalkan oleh kerajaan negeri Terengganu ialah cuti umum dua hari seminggu, cuti bersalin bergaji penuh selama 90 hari, cuti isteri bersalin selama tujuh hari, pinjaman pembelian komputer peribadi dan pembelian kenderaan tanpa faedah, dan pengubahsuaian waktu bekerja sepanjang bulan Ramadhan. Secara keseluruhannya penemuan kajian mendapati pembentukan dan perlaksanaan komponen baru skim pampasan pekerja ini memberi sumbangan yang positif kepada tahap motivasi dan kepuasan kerja.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Manaf, Azmi
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Organization
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 101-107
Keywords: Skim pampasan pekerja, motivasi, kepuasan kerja
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73337
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73337.pdf] Text
73337.pdf

Download (3MB)

ID Number

73337

Indexing

Statistic

Statistic details