Pengurusan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar pekerjaan dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia / A. Kadir … [et al.]

A., Kadir and A., Kadaruddin and M. J., Jamaluddin and R., Muhammad rizal (2002) Pengurusan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar pekerjaan dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia / A. Kadir … [et al.]. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Tuntutan menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja khususnya di tempat kerja sudah menjadi satu kemestian kepada majikan seperti yang terkandung dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994. Selain itu, era globalisasi juga menjadi satu penjana kepada kerancakan implementasi pengurusan
keselamatan, kesihatan dan alam sekitar pekerjaan (HSE) di negara ini. Syarikat-syarikat transnasional (TNCs) menitikberatkan implemetasi pengurusan HSE kerana keselamatan pekerja adalah perkara yang paling diutamakan dalam perniagaan mereka. Ini kerana sebarang kemalangan yang berlaku semasa
operasi akan mengubah imej syarikat. Masalahnya apakah IKS di Malaysia sudah bersedia bagi menghadapi permintaan industri asing ini yang kebanyakannya memerlukan IKS mempunyai sistem pengurusan HSE yang baik. Kertas ini meninjau situasi keselamatan pekerja dalam kemalangan pekerjaan di Malaysia dan mekanisme pengurusan sedia ada dalam menangani masalah keselamatan pekerja. Sebagai contoh, pada tahun 1994, jumlah kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa adalah sebanyak 0.55 peratus daripada 122,688 kes kemalangan di tempat kerja dan meningkat kepada 19.6 peratus daripada 114,134 kes kemalangan pada tahun berikutnya. Keadaan ini bertambah serius sekiranya kes hilang upaya juga diambil kira. Data untuk kajian ini diperolehi daripada pihak-pihak yang bertanggunjawab mengurus keselamatan pekerja di Malaysia bagi tempoh 1993 hingga 1998. Sistem dan tempat kerja selamat juga dicadangkan agar dapat memupuk budaya kerja selamat di tempat kerja sekaligus dapat mengatasi masalah ini.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
A., Kadir
UNSPECIFIED
A., Kadaruddin
UNSPECIFIED
M. J., Jamaluddin
UNSPECIFIED
R., Muhammad rizal
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 68-75
Keywords: IKS, kemalangan pekerjaan, pengurusan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar pekerjaan
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73327
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73327.pdf] Text
73327.pdf

Download (4MB)

ID Number

73327

Indexing

Statistic

Statistic details