Abstract
Dalam bahagian pengenalan laporan ini, kami akan menerangkan serba sedikit tentang kandungan laporan yang membahaskan dan menjelaskan projek yang kami jalankan dan siapkan. Seperti yang diketahui, teknik pengajaran secara menyampaikan sesuatu maklumat dengan menggunakan peralatan yang bersesuaian adalah penting buat masa sekarang ini. Memang tidak dapat dinafikan, peralatan-peralatan dengan kemudahannya dapat menambahkan lagi keberkesanan semasa pembelajaran ataupun pengajaran. Di samping itu, ia dapat meringankan tugas pengajar untuk menyediakan bahan-bahan untuk tujuan pengajarannya. Salah satu alat yang kami maksudkan di sini ialah ‘ Profile Projector’. Profile Projector sering digunakan untuk memancarkan maklumat-maklumat pengajaran. Maklumat-maklumat pengajaran yang dipancarkan ke skrin(layer) adalah lebih lengkap dan sempurna lagi jika dibandingkan dengan tulisan dan lukisan tangan di atas papan hitam. Akan tetapi, masalah yang timbul di kalangan tenaga pengajar yang menggunakan Profile Projector ini ialah ketika membawa atau memindahkannya dari tempat simpanan ke bilik-bilik kuliah atau tempat pengajaran. Ini akan menjadi satu bebanan ketika membimbitnya disebabkan oleh keadaannya yang berat dan jarak yang jauh mungkin dihadapi oleh tenaga pengajar.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ali, Ariyuddin 88680628 Ason, Taib 89183214 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Kiyai Abas, Sunhaji UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma Kejuruteraan Perkilangan |
Keywords: | Profile Projector, aliran rekabentuk, teknik pengajaran |
Date: | 1992 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73292 |
Download
73292.pdf
Download (170kB)